Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

07 Mac, 2013

Berjayakah Najib mengelak 9 Mac 2013?


Hayat Kerajaan BN Berakhir Sabtu 9 Mac 2013?


Walaupun Kerajaan Persekutuan yang diterajui Barisan Nasional (BN) akan meneruskan hayatnya Jumaat ini, genap lima tahun selepas Pilihanraya Umum 2008 diadakan, kesahihannya dari segi politik boleh dipersoal, kata pakar perlembagaan.

“BN berada di dalam kerajaan dari 9 Mac hingga 28 Jun, 2013 adalah mengikut Perlembagaan dan sah di sisi undang-undang, tapi dari segi kesahihan politik dan autoriti moral di dalam persoalan.

"Pengundi boleh secara sah berkata secara majoriti mereka mengundi untuk kerajaan BN pada 8 Mac, 2008 untuk memerintah selama 5 tahun, dan jika kerajaan tersebut memilih untuk mendapatkan mandat baru dalam tempoh tersebut, ia akan menjadi caretaker government (kerajaan sementara),” kata peguam Tommy Thomas dalam satu artikel beliau yang disiarkan Malaysiakini.

Menurut Tommy, sesi parlimen kali ini akan berakhir pada 28 April, dan pilihanraya umum mesti diadakan dalam tempoh 60 hari, iaitu sebelum 28 Jun berakhir.

Namun demikan, beliau berkata sekiranya pentadbiran Perdana Menteri, Najib Altantuya ingin mengekalkan tradisi untuk mengadakan pilihanraya DUN dan parlimen serentak, maka parlimen perlu dibubarkan awal sebelum 26 Mei.

Ini kerana 26 Mei ialah hari terakhir untuk Negeri Sembilan mengadakan pilihanraya, kerana sesi Dewan Undangan Negerinya akan terbubar sendiri pada 26 Mac.

Tommy berkata sistem ala-Westminster yang digunakan di Malaysia bermaksud Perdana Menteri boleh menentukan tarikh pilihanraya, termasuk ingin mengadakan pilihanraya lebih awal.

Beliau mengimbas kembali kuasa istimewa ini di mana semua bekas Perdana Menteri termasuk Abdullah Ahmad Badawi telah membubarkan parlimen lebih awal.

“Jadi mengapa Najib Altantuya masih tidak menggunakan hak istimewa ini untuk menasihati Agong untuk membubarkan parlimen sebelum tarikh luputnya, dan kemudiannya diikuti dengan pilihanraya umum ke 13? Hanya satu jawapan untuk itu, BN takut ditewaskan,” kata Tommy.


Beliau turut berkata hubungan antara politik dan perniagaan mungkin memperkukuhkan kepercayaan kepada teori bahawa kerajaan ingin untuk memasuki kontrak yang memberi manfaat kepada tabung politik mereka menjelang pilihan raya. - Jalan Pulang 

Potensi tangguh PRU nampaknya dah ada angin2, Baca: 

 


Sabah diceroboh
 
PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak menolak kemungkinan proses pilihan raya di Lahad Datu dan Semporna, Sabah  akan ditunda sekiranya konflik di kawasan itu berterusan dan diisyhtiharkan darurat oleh pihak berkuasa.

"Itu tidak mustahil. Kawasan yang tidak terlibat, aman damai patut diteruskan," ujar pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof pada sidang media di ibu pejabat SPR, di sini, hari ini.

Menyatakan kesediaan suruhanjaya itu untuk mengadakan pilihan raya dalam apa jua keadaan, Aziz bagaimanapun yakin insiden pencerobohan yang berlaku di negeri Sabah itu akan berakhir dalam masa terdekat.

"Kita tidak tahulah akan datang dan bukannya (pilihan raya) hendak dibuat dalam masa terdekat ini.

"Saya yakin konflik ini, masalah ini akan dapat diselesaikan dalam masa terdekat," ujarnya lagi.

Dilaporkan keadaan di kedua-dua daerah itu sudah kembali terkawal.

Dilaporkan juga sekolah-sekolah yang ditutup bermula 1 Mac lalu, sudahpun dibuka semula.

Menurut Aziz lagi, penundaan tarikh pilihan raya di dua kawasan ini jika darurat diisyhtiharkan berlaku, masih tertakluk kepada peraturan-peraturan yang digariskan.

"Jika darurat dan kita lihat pula peraturan-peraturan perintah darurat itu,  maka SPR akan mengambil pertimbangan tentang perkara itu sebelum membuat keputusan muktamad tentang pilihan raya umum di kawasan itu," ujarnya - sinar harian.

Tiada ulasan: