Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

25 Mac, 2013

ESSZONE. Tempat longgok penyelamat UMNO!

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata keputusan menempatkan semula kumpulan berkenaan adalah bagi maksud pemeliharaan keselamatan awam.

Kompom Kudat, Kota Marudu, Titas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau PR tak boleh menang! 

Persoalan: Kenapa tak letak setempat?

Kerajaan isytihar ESSZONE di timur Sabah berkuatkuasa hari ini: Najib
KUALA LUMPUR: Kerajaan mengisytiharkan kewujudan Zon Selamat Malaysia Timur (ESSZONE) di timur Sabah yang merangkumi 10 daerah.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada majlis perbarisan dan perarakan sempena Hari Polis di PULAPOL, sebentar tadi.

Najib berkata, 10 daerah terbabit ialah Kudat, Kota Marudu, Titas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.


Di bawah ESSZONE itu membolehkan kerajaan menempatkan semula mana-mana kumpulan, khususnya pendatang tanpa izin atau yang tidak bernegara, ke suatu kawasan selamat dan sesuai yang akan ditentukan oleh kerajaan.

"Sebagai memberi asas perundangan kepada Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) dan bagi memelihara hak demokratik serta proses demokrasi untuk penduduk Sabah serta mengukuhkan keselamatan, ketenteraman awam dan kesejahteraan di kawasan timur Sabah, saya dengan ini mengumumkan, setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong seperti mana yang diperuntukkan di bawah Ordinan Pemeliharaan Keselamatan Awam 1962, mengisytiharkan pewujudan ESSZONE di kawasan timur Sabah merangkumi 10 daerah.

"Sepuluh daerah ini akan ditadbir oleh satu jawatankuasa yang ditubuhkan menurut Peraturan-peraturan Pemeliharaan Keselamatan Awam 2013 yang digubal oleh Menteri Dalam Negeri," katanya.

Najib berkata, jawatankuasa dikenali Jawatankuasa Zon Selamat Sabah Timur akan dipengerusikan Ketua Menteri Sabah dan dibantu seorang ketua pegawai eksekutif serta anggota-anggota yang akan diumum kelak. 
Berita lain:
 KUALA LUMPUR: Pengwujudan Zon Selamat Malaysia Timur (ESSZONE) membolehkan kerajaan menempatkan semula mana-mana kumpulan, khususnya pendatang tanpa izin atau tidak bernegara, ke suatu kawasan selamat serta sesuai yang akan ditentukan oleh kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata keputusan menempatkan semula kumpulan berkenaan adalah bagi maksud pemeliharaan keselamatan awam.

"Dalam melaksanakan perkara ini, kerajaan akan mempertimbangkan segala aspek termasuk mata pencarian penduduk di kawasan penempatan semula dan berunding dengan ketua daerah, ketua anak negeri dan ketua kampung bagi memastikan kepentingan penduduk sedia ada di kawasan penempatan semula terpelihara," katanya pada majlis perbarisan dan perarakan sempena Hari Polis di PULAPOL, sebentar tadi.


Beliau berkata, 10 daerah terbabit ialah Kudat, Kota Marudu, Titas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau. 
sumber


Tiada ulasan: