Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

11 Mac, 2013

Jika Sultan Sulu ditangkap. Filipina akan huru-hara?





“Atas alasan apa beliau (Aquino) bekerjasama seiring dengan Malaysia, sebuah kuasa penjajah yang menduduki tanah orang kita? Saya menentangnya, sangat menentangnya dengan seluruh jiwa saya. Saya harap Presiden mendapat nasihat dengan baik. Saya harap beliau akan sedar. Jika tidak kami tidak akan memaafkannya,” kata beliau semasa sidang media semalam di kediaman Jamalul di bandar Taguig, Filipina.

“Dan terdapat cubaan untuk menangkap Sultan, saya difahamkan. Biarkan mereka buat, negara ini akan dalam huru-hara jika mereka meneruskannya. Saya janji kepada anda.”








KUALA LUMPUR : Presiden Benigno Aquino III tidak akan dimaafkan kerana bersikap lepas tangan semasa Malaysia mengebom bertali-arus rakyat Filipina di Sabah, kata Ketua Pemimpin Pemberontak Nur Misuari yang juga memberi amaran situasi huru hara jika Sulu Sultan Jamalul Kiram III ditangkap dan pengikutnya diberkas.
Misuari merupakan Ketua Barisan Pembebasan Nasional Moro (MNLF), sebuah gerakan politik Islam yang bertukar menjadi pemberontak pada 1969 berkata Aquino perlu lebih tegas dan menghentikan serangan Malaysia ke atas pengikut Jamalul, bukannya menyebelahi negara jiran mereka tersebut.
“Apa yang beliau lakukan sangat buruk,” kata pemimpin tersebut yang dipetik dalam The Philippine Daily Inquirer.
“Beliau bukan seorang mengetuai negara ini apabila menyebelahi musuh kepada orangnya sendiri.”
“Atas alasan apa beliau (Aquino) bekerjasama seiring dengan Malaysia, sebuah kuasa penjajah yang menduduki tanah orang kita? Saya menentangnya, sangat menentangnya dengan seluruh jiwa saya. Saya harap Presiden mendapat nasihat dengan baik. Saya harap beliau akan sedar. Jika tidak kami tidak akan memaafkannya,” kata beliau semasa sidang media semalam di kediaman Jamalul di bandar Taguig, Filipina.
“Dan terdapat cubaan untuk menangkap Sultan, saya difahamkan. Biarkan mereka buat, negara ini akan dalam huru-hara jika mereka meneruskannya. Saya janji kepada anda.”
Misuari juga mendakwa telah memberikan amaran kepada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak bahawa penentangan kumpulan penceroboh Sulu di Sabah 'dianggap sebagai sebuah peperangan'.
Beliau menambah kesediaannya untuk menyuruh cucu lelakinya yang tinggal di Malaysia dan sesiapa sahaja yang dikatakan saudara Najib untuk bercakap dengan Perdana Menteri tentang sebarang kemungkinan jalan perdamaian untuk menghentikan ketegangan.
Pegawai kerajaan Filipina berulangkali mengulangi kritikan yang keras ke atas pentadbiran Aquino kerana kegagalannya untuk melindungi nyawa rakyatnya sendiri, yang mana kebanyakkan rakyat Filipina percaya tuntutan mereka ke atas tanah di Sabah adalah munasabah.
Laporan The Inquirer juga berkata Misuari bersetuju dengan Kesultanan Sulu yang mendakwa Sabah “adalah tanahair kami”, tetapi menafikan beliau mencetus pencerobohan mereka di Sabah ataupun pengikutnya dalam MNLF menyertai pertempuran di Lahad Datu di mana kebanyakkan mereka dilapor mendapat latihan ketenteraan di Malaysia.
Menurut beberapa laporan di media Filipina, Misuari menyifatkan ia sebagai “gila” dengan membuat kesimpulan beliau bertanggungjawab dalam insiden pencerobohan tersebut.
“Untuk sesiapa membuat spekulasi bahawa saya terlibat dengan pencerobohan (Sabah) adalah sesuatu yang gila,” kata beliau yang dipetik dalam laman mikro Twitter milik saluran media Filipina, ABS-CBN.
“Misuari juga menafikan membiayai kumpulan Kiram di Sabah. Ia bukan cara saya untuk melakukan sesuatu perkara,” lapor saluran tersebut yang menggunakan penggendali @ANCALERTS.
Menteri Pertahanan Malaysia Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga menyokong kenyataan Misuari tersebut semasa sidang media semalam apabila mendakwa tiada bukti mengatakan pejuang MNLF yang dilatih Malaysia menyertai kumpulan penceroboh Muslim yang membuat tuntutan di Sabah.
“Kita hanya fokus kepada pengganas yang datang dari Sulu. Saya harap rakan-rakan kita berketurunan Sulu di Sabah dan seluruh negara tetap bersama-sama dengan kerajaan.
“Kita harus membezakan antara pengganas Sulu dengan orang Sulu yang berada di Sabah, sama ada mereka merupakan rakyat Malaysia berketurunan Sulu atau mereka yang mendapat taraf penduduk tetap di Sabah,” katanya.
Manila Bulletin semalam melaporkan Hadji Acmad Bayam, bekas ketua propaganda kumpulan pemisah itu, mengatakan MNLF mempunyai senjata tersembunyi di dalam Sabah yang disembunyikan selepas latihan dan yakin pihak berkuasa Malaysia tidak akan menjumpai senjata berkenaan.
Senjata termasuklah G1 dan FAL yang diperbuat oleh Belgium di mana bekas presiden Libya Muammar Gadafi memberikan melalui Malaysia, kata Acmad kepada akhbar tersebut.
Acmad dilaporkan tinggal di Sabah selama satu dekad dari 1976 hingga 1986 sebelum menyerah kepada bekas presiden Filipina pada ketika itu, Fidel V Ramos.
Bekas pemimpin militan itu memberitahu akhbar ramai komander pemberontak lama dan ahli mereka telah memilih untuk menetap di Sabah.
Kebanyakan mereka adalah dari Sulu, Tawi-Tawi dan semenanjung Zamboanga di selatan Filipina, katanya, sambil menambah orang-orang MNLF termasuk dari Maguindanao, Irano dan Maranao.
Acmad memberitahu, salah seorang komander kanan yang dilatih Malaysia menghubunginya beberapa hari lalu, memberitahu beliau sedang menyenaraikan pahlawan Tausug dan lain-lain untuk menyokong pengikut Agbimuddin Kiram dan keturunan kesultanan Sulu yang mendakwa memiliki Sabah.
“Saya cuba menghubunginya semalam melalui telefon tetapi tidak dapat lagi. Saya fikir beliau gagal untuk menembusi sempadan laut Malaysia dan Filipina,” Acmad dilaporkan berkata.
Kumpulan penceroboh bersenjata tersebut telah mendarat di Lahad Datu pada 9 Februari dan menuntut hak mereka ke atas sebahagian kepulauan Borneo tersebut. 

- Sabahkini

1 ulasan:

Faris Abdat berkata...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wb,

Sedikit pembetulan - MNLF atau Moro National Liberation Front ( Barisan Nasional Pembebasan Moro ) bukanlah parti Islam seperti dinyatakan oleh rencana ini.

MNLF pada awalnya adalah sebuah parti sosialis yang menjadikan nasionalisme Moro sebagai asas perjuangannya.

MNLF tidak pernah berjiwa Islam. Lihatlah sehingga sekarang - Nur Misuari sanggup membenarkan yang batil.