Saiful Bukhari Azlan meminta ayahnya, Azlan Mohd Lazim kembali ke pangkal jalan kerana didakwanya "telah menjadi mangsa kerakusan politik makhluk bernama Anwar bin Ibrahim".

Beliau membuat kenyataan itu dalam satu sidang media sebentar tadi selepas bapanya pagi tadi memohon maaf kepada Anwar dan mendakwa tuduhan liwat terhadap ketua umum PKR itu selama ini satu konspirasi politik.

"Demi Allah, agama, bangsa dan negara tercinta, saya ingin tegaskan bahawa saya tidak sama sekali akan berganjak dengan dakwaan saya," kata Saiful.

"Saya akan terus istiqamah dan berpegang teguh pada dakwaan saya, segala keterangan saya di mahkamah, juga sumpah laknat yang telah saya lafazkan hingga akhir hayat," katanya.

Menurutnya, beliau tidak tahu sebab ayahnya membuat dakwaan itu pagi tadi.Katanya, beliau sendiri sebelum ini langsung tiada masalah dengan ayahnya itu dan kali terakhir berbual dengan beliau menerusi telefon semalam.

Katanya lagi, mereka turut bercuti ke Kelantan baru-baru ini dan ada bertemu dengan bapanya itu pada hari Isnin lalu.

Namun, cubaan untuk menghubungi bapanya tengah hari tadi gagal kerana bapanya dipercayai mematikan telefonnya, kata saiful lagi.
Menurut Saiful, beliau yakin ayahnya "menjadi mangsa politik Anwar" kerana sidang media ayahnya pagi tadi diaturkan seorang ahli parlimen Pakatan Rakyat, dan dilakukan untuk "mengalih perhatian isu pengkhianat negara".

"Sebagai seorang anak, kasih sayang dan hormat saya kepada seorang ayah akan kekal hingga ke akhir hayat.

"Kepada seluruh rakyat Malaysia, saya menyeru agar tidak terpedaya dengan permainan jijik Anwar Ibrahim," katanya yang turut ditemani peguam pemerhati kesnya sebelum ini, Zamri Idrus.

Dalam sidang media pagi tadi, Azlan turut mendakwa segala kenyataan Saiful dalam perbicaraan liwatnya sebelum ini diaturkan oleh Zamri.

Menjawab soalan wartawan, Zamri menafikan perkara itu dan mempertimbang untuk mengambil tindakan undang-undang.
- Mountdweller 

 Di bawah skrip yang dibaca Saiful. Persoalan: Macamana blogger UMNO boleh dapat skrip ni? hahaha. Kantoi! Patut la kejap2 tengok bawah!

Betul la bapak dia habaq: 

Azlan, 60, mendakwa semua kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh anaknya dan beliau sendiri, telah dirancang dan disediakan pegawai perdana menteri itu dan seorang peguam. SINI


 Pada 8.3.2013 jam 1830- 1850, bertempat di Zamri Idrus &  Co., Suite B3-6-6, Solaris Dutamas, Jln Dutamas 1, KL, telah berlangsung sidang media oleh Saiful Bukhari Azlan.

Kehadiran dianggarkan seramai lk 30 yg terdiri drp semua wartawan tempatan.

Tujuan sidang media ini diadakan adalah utk menafikan kenyataan bapa beliau.
Antara kenyataan akhbar yang dibuat oleh Saiful Bukhari Azlan:

1. Amat sedih dan dukacita dgn bapa beliau kerana telah menjadi mangsa kerakusan politik,  makhluk yang bernama DSAI

2. Demi Allah,  agama, bangsa dan negara tercinta, Saiful menyatakan beliau Ingin menegaskan bahawa beliau tidak sama sekali akan berganjak dgn dakwaan bhw beliau telah menjadi mangsa liwat DSAI. Saiful akan terus Istiqamah dan berpegang teguh pd dakwaan sebelum ini.

3. Segala keterangan di Mahkamah sebelum ini, termasuk sumpah laknat yg telah  lafaskan sebelum ini akan pegang sehingga akhir hayat.

4. Kepada Anwar Ibrahim bertaubatlah, telah 5 tahun bertahan dan berdiri teguh walaupun sukar. Saiful pasti Allah akan balas apa yg AI telah lakukan.  Sungguh terdesak dan jijik sekali.

5. Saiful juga memberi amaran kepada Anwar Ibrahim, walaupun terrdesak jgn membabitkan bapa kandung beliau utk memutar belitkan keadaan sebenar semata-mata hendak mencapai matlamat politik PR

6. Walauapapun berlaku, Saiful yakin pd ALLAH, kebenaran tidak dpt dihapuskan walau apa sekali pun

7. Percaya isu ini sengaja ditimbulkan bagi mengalih perhatian isu ' pengkhianat negara'  yg sedang berlaku. Walaupun berlaku, yakin pd Allah yg benar tetap benar

8. Akan terus berdoa agar Allah bukakan hati bapa kandung beliau utk kembali pd jalan kebenaran,  pertahankn anak kandungnya yg menjadi mangsa liwat

9. Sebagai seorg anak, kasih sayang dan hormat kepada seorang ayah akan kekal hingga ke akhir hayat

10. Pd seluruh Malaysia, Saiful menyeru agar tidak terpedaya dgn permainan jijik DSAI

11. Kedaulatan negara kini sedang diancam musuh, ditambah pengkhianat musuh dlm selimut membantu, sudah ramai wira kita telah terkorban,  marilah sama2 kita berdoa dan pertahankan Negara kita

12. Akan terus berdoa, sabar dan istiqamah.