Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

10 Mac, 2013

Terbaik! TGNA bertanding DUN dan Parlimen!


Calon terbaik Perdana Menteri. Diterima ahli parti. Diterima ahli parti Pakatan Rakyat. Yang terpenting, dihormati penyokong2 di luar parti!


Muzakarah: Nik Aziz letak syarat, sebelum PRU
Nik Aziz Nik Mat
 
MELIHAT pada laporan Harakah Daily, Pas Rantau Panjang meluluskan usul menamakan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bertanding dua kerusi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU) - Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

Sementara ramai mengatakan kemungkinan Nik Aziz tidak akan menerajui pentadbiran kerajaan negeri selaku Menteri Besar, atas faktor-faktor tertentu, usul Rantau Panjang ini menarik untuk dilihat. Andaian banyak pihak ialah Nik Aziz yang berusia 81 tahun akan bertanding PRU13 tetapi tidak akan menjadi Menteri Besar.

Ramai beranggapan bahawa Nik Aziz masih menjadi faktor pengikat perpaduan dalam Pas.
“Semua perwakilan bersetuju menerima usul tersebut tanpa bahas memandangkan ia selari dengan kehendak parti mengatur strategi menawan Putrajaya,” kata Yang Dipertua Pas Rantau Panjang, Abdul Fatah Harun.

Nik Aziz merupakan Menteri Besar paling lama di kalangan pemimpin Pas. Mursyidul Am Pas ini menyandang jawatan Menteri Besar sejak akhir 1990.

Jikapun Nik Aziz bertanding kerusi Parlimen bukan sesuatu yang mengejutkan.
Beliau pernah bertanding kerusi Parlimen - Kelantan Hilir pada pilihan raya kecil 1967 dan memegang kerusi itu sehingga 1986. Kerusi itu kini dikenali sebagai Pengkalan Chepa.
Malah, tidak mengejutkan jika beliau bertanding di peringkat Parlimen ketika Pakatan Rakyat (PR) meletakkan sasaran untuk menawan Putrajaya dalam PRU13.

Jika keadaan itu menjadi kenyataan - siapa bakal Perdana Menteri di pihak PR?
Nama yang disebut-sebut buat masa sekarang sudah pasti Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beberapa bulan lalu pernah timbul pandangan bahawa Nik Aziz wajar mengetuai PR jika sesuatu berlaku ke atas Anwar. Ketika itu, Anwar berhadapan dengan kes liwat. Awal tahun ini, beliau telah dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi dan kini ia di peringkat rayuan.

Jika Nik Aziz beralih angin, kembali bertanding di peringkat persekutuan, sudah pasti ia akan menarik perhatian banyak pihak.

Kita kena tunggu dan lihat!

P/S: Calon terbaik Perdana Menteri. Diterima ahli parti. Diterima ahli parti Pakatan Rakyat. Yang terpenting. dihormati penyokong2 di luar parti!

Tiada ulasan: